kisah lawak 3 : Mengetuk Batu Nisan di Perkuburan

Mamat dan Ali baru pulang dari bandar. Untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yang bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.

Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu. 

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kubur dan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat. Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan. 

Mamat dan Ali bersuara, "Ahhh... terkejut kami, ingatkan Pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje.." 

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya: "Apa yang pakcik buat malam-malam buta kat kubur ni?" 

Tibat-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah,

"Bodoh!! Dia orang salah eja nama aku!"

Kisah Lawak 2 : Pak Ali dan Pari Pari Tasik

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: "Kenapa dengan kau?"
Pak Ali: "Kapak aku terjatuh ke dalam tasik."

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: "Inikah kapak kamu? "
Pak Ali: "Tidak."

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas. 
Pari Pari: "Inikah kapak kamu?"
Pak Ali: "Tidak, kapak aku buruk sahaja."

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk. 
Pari Pari: "Inikah kapak kamu?"
Pak Ali: "Ya, itulah kapak buruk aku."

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.. 

Pari Pari: "Kenapa kau bersedih?"
Pak Ali: "Isteriku jatuh ke dalam tasik."

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera. 
Pari Pari: "Inikah isteri kau?"
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "Ya, itulah isteriku..." 

Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak". 

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney Spears... Kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku... Bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku.. Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua.."

Kisah Lawak 1 : Terjatuh dari Bangunan

Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan. Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.

Wanita: "Terima kasih, anda telah menolong saya.."
Lelaki Inggeris: "Sama-sama, tapi anda harus membalas budi.."
Wanita: "Bagaimana?"
Lelaki Inggeris: "Tidur dengan aku.."
Wanita: "Tak guna, kau ingat aku pelacur? Tidak!"
Lelaki Inggeris: "Baiklah kalau begitu.."

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu. Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita: "Terima kasih, anda telah menolong saya.."
Lelaki Perancis: "Sama-sama, tapi anda harus membalas budi.."
Wanita: "Bagaimana?"
Lelaki Perancis: "Tidur dengan aku.."
Wanita: "Tak guna!! Aku tak mahu!"
Lelaki Perancis: "Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu.."

Lelaki Perancis itu melepaskan semula wanita itu.

Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Wanita itu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.

Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata..

Wanita: "Terima kasih, anda telah menolong saya. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda."

Lelaki Arab: "Astaghfirullah.."

Lalu lelaki Arab itu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut.

                                                                                                                                         

Kisah sedih wajib baca

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.





Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata. Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.
Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anihnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.

Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan
ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua. "

~ SUMBER FB ~

Ayat Indah Dan Bermadah


Assalamuailaikum....
Aku nak share sikit Ayat-ayat Indah dan sedap Didengar
Ambillah ia sebagai motivasi kepada diri sendiri



Ayat Motivasi dan Mutiara Kata
  1. Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama

  2. Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab

  3. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

  4. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan

  5. Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire

  6. Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

  7. Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.

  8. Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.

  9. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson

  10. Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.

  11. Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.

  12. Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…

  13. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

  14. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. 

  15. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

  16. Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

  17. Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.

  18. Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.

  19. Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.

  20. Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159

  21. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2013/01/koleksi-ayat-motivasi-dan-mutiara-kata.html#sthash.a8vCFvEX.dpuf


Impian Saya


                                         Asssalamuaikum....




Hmmm...
Pejam celik pejam celik  dah nak masuk tahun tahun baru
rasa macam cepat sangat masa berlalu
rasanya macam tak puas enjoy umur 19 tahun ni
Ah ! itu tak penting
yang penting aku makin dewasa dan matang

Sebenaqnya bukan benda ni yang aku nak cerita

Entry kali ni aku nak cita pasal impian
Alhamdulilah , akhirnya impian aku dah pun tercapai
dari dulu lagi aku nak sangat pakai Handphone blackberry
Antara sebab kenapa aku tak beli adalah

Mahal

Ia lah benda tu kan mahal
mana la mampu nak beli
selain pada tu mak tak aku tak kasi
sebab katanya mahal
buang duit
tapi kalau nak di ikutkan
aku mampu nak beli handphone tu
sebab aku ada duit PTPTN

Tapi yela kan

duit tu untuk sara hidup sepanjang
tempoh pengajian
aku tak nak la menyusahkan orang tua

Tapi Alhamdulilah

aku dapat jugak beli..
walaupon secondhand
tu pon sebab sem 4 ni buad practical
kalaw tak sampai bila2 pon belum tentu
nak dapat....


Assalamualaikum..

Alhamdulilah..Aku masih berkesempatan untuk bernyawa pada hari ini
dah lama rasanya tak updated apa-apa kat sini
sebenaqnya dah lama aku nak tulis pasal benda ni
ok la kita proceed lah yer..

Alhamdulilah dah cukup sebulan tarikh pembedahan tu berlalu
12/11/2013 - 12/12/2013....dah cukup sebulan
Alhamdulilah keadaan aku makin bertambah sehat