Best Telenovela





              Orang kampung kat tempat Lola tinggal ni percaya yang Lola ni membawa nasib malang kepada semua orang. Kat mana dia pergi atau kat mana dia ada mesti ada je masalah atau orang pangil bawa sial. Lola ni pun lari membawa diri. Apabila orang tahu tempat persembunyian dia, Lola pun kembali ke bandar asal dia tu.
             Akhirnya satu peristiwa ganjil telah berlaku kepada Lola, yang membawa kepada tragedi. Lola sedih dan takut apabila kehidupannya kini di di tangan penduduk kampung. Lola amat berharap suatu masa nanti ada cinta dari seorang lelaki yang baik hati dapat mengubah hidupnya. Tiada siapa yang percaya kepada Lola selain lelaki yang mencintai sepenuh jiwa raya terhadapnya.
Ok panjangkan sikit sinopsis ni, biasala kan dah cerita ni episod dia beratus ratus, dari kecik punya cerita sampai dewasa..hahah!!
            Nama dia Dolores tapi sejak kecik dipanggil Lola, ibu dia meninggal semasa melahirkan dia, pastu bapa dia lak meninggal masa dia umur 11 tahun.
Lola ni jadi anak yatim, so dia dijaga oleh Makcik Marta yang kejam, dia kena buat keje mcm orang gaji. Lama dia duk kena dera je dengan makcik kejam ni, maka dia pun lari ke kampung dia dan bersembuyi kat tanah perkuburan. Dasatt tempat persembunyian dia ni..siang2 di menyorok, malam dia keluar..orang payah nak jumpa la kan.
          Sampai masa dia pun bertemu le dengan hero dia Marcelo, yang gagah lagi ensem..hehe..
Marcelo jatuh hati le dgn Lola, orang kampung pun iri hati le bila nampak Lola dengan Marcelo ni. Lola telah diambil untuk tinggal dengan keluarga Lorenza Machado, kat sana ada dua orang musuh bernama Priscila and Silvana yang selalu menyakiti hati Lola, dan cuba menyingkirkan Lola dari keluarga itu.                   Tapi helah mereka berdua ni tak berjaya sebab Lola ni baik hati penyabar dan bijak.
Marcelo pulak ialah orang kaya yang hensem, pandai main gitar dan disukai oleh ramai wanita termasuk le Priscila, sepupunya. Marcelo ni dah ada teman wanita tapi akhirnya dia jatuh cinta dengan Lola. Adakah Lola akan bahagia bersama Marcelo?