Coretan Ilham

       RASA INI TIDAK AKAN  MATI 



 Entah kenapa , rasa yang selama ini cuba aku padamkan , ia kembali menerjah dalam hidupku. Aku baru ingin mencuba untuk hidup bersendirian. Aku ingin belajar untuk melupakanya. Dan aku hamper pulih daripada kesakitan itu , dan aku cuba bangkit dari kekalutan itu. Aku suarakan rasa hati aku bahawa aku tidak lagi mempunyai sebarang rasa terhadapnya. Aku mengaku kepada rakan di sekelilingku bahawa aku tidak lagi mencintai. Dan apa yang aku dapat? Aku hamper mengecapi bahagia yang aku wujudkan sendiri tanpa insan bergelar kekasih di sampingku. Tetapi realitinya , tidak dapat aku nafikan lagi ! hari-hari yang aku lalui terasa kosong! Aku mungkin berpura – pura bahagia ! aku mungkin berpura – pura rasa gembira! Rasa ini pada ku waktu dan ketika ini benar - benar mencenkam jiwa. Puas untuk aku cuba menipu diri bahawa aku sudah tidak punya rasa saying mahupun cinta terhadap dirinya. Tetapi hakikat dan reality yang pasti dan nyata aku masih menyayangi dan mencintainya. Adakah aku bodoh kerana masih mencintainya? Dia kini telah menjadi milik orang. Hari – hari yang dilaluinya bahagia tanpa aku di sisi. Tetapi aku? Tiada siapa yang mampuy mengerti rasa di hati ini. Dari jauh ku berdoa agar kau dilimpahi kebahgiaan selamanya